Sunday, March 11, 2012

Perceraian di Malaysia Sangat Membimbangkan

Baru-baru ini saya terpanggil untuk menghadirikan diri ke Mahkamah Syariah untuk menyaksikan dengan mata sendiri apakah kes hangat yang sering diperdebatkan di "muka keadilan bumi". Apa yang menyedihkan adalah, 9/10 kes-kes yang diperdebatkan adalah kes PENCERAIAN! Fuh, sangat sedih.

EH! Itu belum cukup sedih lagi.

Yang lebih menyedihkan adalah apabila, hujung tahun lepas, di dalam salah sebuah rancangan keluarga yang membincangkan tentang isu kemasyarakatan, isu yang dibincangkan episod tersebut adalah, "65% kes penceraian di Malaysia adalah disebabkan tuntutan Fasakh!" Dan fasakh tersebut dituntut oleh si isteri kepada suaminya!

Pelik bukan? Dalam Islam, Allah telah berikan tanggungjawab kepada si Suami sebagai ketua keluarga untuk menjaga dan menyelamatkan keluarga mereka sekiranya tidak dalam keadaan harmoni. Mereka juga diberi hak utama untuk memutuskan ikatan perkahwinan mereka, sekiranya perkahwinan mereka berada didalam keadaan tidak boleh diselamatkan atau isteri mereka tidak lagi taat kepada mereka, dengan pelbagai cara. Antara lafaz yang boleh memutuskan ikatan perkahwinan mereka adalah talak; talak pun ada talak raj'ie, talak bain, talak sunni, talak bid'ie, dan talak taklik, dan si suaminya juga berhak melepaskan isterinya sekiranya isterinya nusyuz. TETAPI, 65% kes penceraian di Malaysia adalah dituntut oleh si isteri. EH??!!!!


Sebab-sebab yang membolehkan si isteri untuk menuntut fasakh adalah seperti berikut:
  1. tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
  2. suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
  3. suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
  4. suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
  5. suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
  6. suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
  7. jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.

dan mengikut statistik yang ditunjukkan, sebab utama tuntutan fasakh adalah kerana

2. suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;

Selepas beberapa interview saya jalankan kepada rakyat Malaysia yang telah berkahwin, mereka berkata kebanyakan pasangan yang telah bercerai kerana tuntutan fasakh adalah disebabkan suami mereka tidak mampu untuk memberikan nafkah zahir kepada keluarganya. Ada juga berpendapat pasangan di Malaysia pada hari ini, rata-ratanya banyak yang si isteri gajinya lebih tinggi dari si suaminya, sehingga menyebabkan mereka berfikir bahawa mereka yang menyara keluarga, bukan suaminya.

Saya memandang isu ini sebagai satu isu yang sangat berat. Si isteri mula bertindak mengikut perasaan tanpa memikir masa panjang. Mereka hanya memikirkan tentang kehendak mereka yang tidak di penuhi, tapi bagaimana dengan perasaan anak-anak mereka? Orang-orang yang disekeliling macam mana pula?
"Sekiranya si suami tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah, bagaimana pula tanggungjawab isteri untuk taat kepada suaminya?"
Ustazah saya pernah berkata, majoriti penghuni neraka adalah dari kaum wanita. Salah satu sebab utama mereka ditempatkan disitu adalah kerana mereka tidak taat kepada suaminya. Kenapa ya? Taat itu satu perkataan yang senang disebut, tapi sangat sukar untuk melaksanakannya.

Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

  1. lelaki pun kena memimpin wanita. kalau lelaki sendiri pun konpius tentang hukum, apatah wanita yang harus dipimpin.:)

    ReplyDelete