Friday, February 24, 2012

Komen di Youtube: Melayu tetap Melayu

Melayu tetap Melayu kan? Ada sahaja yang tidak puas hati atas kejayaan orang lain, penuh dengan hasrat dengki. Bila orang lain dapat kenaikkan pangkat, ada sahaja yang nak jampilah apalah, "um, dia tu memang kaki bodek". Bila bisnes seseorang itu berjaya, mulalah fitnah dilontarkan, "alah, ada penariklah tu". Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Bila Melayu nak berkembang maju ni?


Hobi saya adalah browse through video-video yang menarik di Youtube. Lagi-lagi sekarang, ramai orang yang mencuba nasib dengan mempamerkan bakat mereka melalui Youtube.  Ada yang ok, ada yang perlu cuba bidang yang lain.  Apa yang lagi tak best adalah komen-komen yang negatif yang dicatatkan diruangan komen di bawah video tersebut. Sungguh sedih saya melihat orang-orang sebegini. Bukan kerana orang yang di dalam video tersebut tidak ada bakat, tetapi sedih melihat daya fikiran mereka menilai sesebuah video tersebut.

Salah satu contoh:

Saya tidak mahu nyatakan siapa commenter tersebut, di dalam video yang mana, tetapi yang pasti, commenter tersebut adalah seorang Melayu. Komen tersebut adalah respon beliau kepada seorang lagi commenter yang beritahu suara perempuan itu adalah aurat, mampu menggugat iman seseorang lelaki.

Tidak salah seseorang itu mahu menyuara pendapat mereka atau berkongsi ilmu yang "so-to-claim" penuh di dada itu. Tapi, sebelum nak bersuarau tu, pastikan ianya tepat dan betul. Jelas, ada sebabnya kenapa Islam menyuruh kita membaca dan menimba ilmu secukupnya. Mengambil contoh diatas, ternyata, suara perempuan itu adalah aurat bagi seseorang perempuan, ia mampu mengugat tidak kira seteguh mana iman lelaki tersebut. Inikan pula sekiranya suara yang gemersik ayu mengalunkan nyanyian lagu, lagilah, boleh terpaku keasyikan, sekali gus boleh menaikkan nafsu syahwat anak Adam tersebut. Kalau nak tegur orang lain tu, biarlah ilmu cukup di dada terlebih dahulu.

Satu lagi saya ingin sentuh, ya, tidak dinafikan, ramai yang berbakat dalam bidang nyanyian, Saya sendiri mencemburui mereka kerana saya tidak memiliki bakat tersebut. Ramai yang telah mencuba nasib dengan merakam bakat mereka itu, kemudian di uploadkan ke dalam Youtube, sambil berharap, ada syarikat rakaman datang menandatangi mereka untuk menjadi artis. Tetapi ingat pesan saya,

"Kalau semua ingin jadi doktor, siapa nak jadi pesakitnya? Kalau semua nak jadi pemimpin, siapa nak jadi pengikutnya? Kalau semua nak jadi artis, siapa nak jadi pendengarnya?"

Ingat-ingatlah, satu penyanyi yang berkualiti sudah memadai daripada 10,000 artis yang membanjiri tetapi tiada kualiti.

1 comment:

  1. suka entry ni...very deep meaning dia...
    nyanyi karoke cukup la #eh

    ReplyDelete