Assalamualaikum dan salam sejahtera. (haha, sopan sungguh) Okay, setelah sekian lama tinggalkan dunia blog ini, kini saya sudah kembali.. Macam biasa, dengan alasan klise saya, lately agak busy dengan kerja, task dan aktiviti, sehinggakan waktu yang patut diluangkan bersama laptop tercinta semakin berkurang. Bagi yang mengenali diri ini, I love you all kerana sudi mencari diri ini walaupun telah menghilangkan diri, bagi yang belum mengenali, saya merupakan pencoret dari ruangan blogspot Coretan Ceritera Aku yang terkenal (kononnya) dengan kisah cinta kicap. Ini merupakan blog peribadi saya yang kedua.
Ruangan ini ditubuhkan bagi saya peluang untuk bersuara dan menyatakan hasrat hati dan perasaan lebih mendalam tanpa mengira sebarang keraguan mahupun privacy. Saya bukan berniat untuk mengutuk sebarang agency atau pihak-pihak tertentu, tetapi ini adalah hanya sekadar perkongsian peribadi tentang dunia sekeliling saya.
Dalam perancangan, saya akan buat satu lagi blog dimana blog itu akan menjadi sebagai satu platform bercerita tentang kehidupan sebenar orang Malaysia kepada pemerintah negara in form of pictures! No, it is not like tumblr. Sekarang masih dalam proses perancangan, kerana saya masih memikirkan apakah platform terbaik, sama ada blog ataupun facebook ablum sahaja..
No comments:
Post a Comment