Thursday, February 23, 2012

Ceritera: Couple

Semasa Sekolah Rendah
Adik: Mak!!! Abang ada makwe!!!
Abang: Mana ada!!
Mak: Ish, baru sekolah rendah dah ada makwe; tunggu masuk sekolah menengah dulu, ramai lagi awek ada.


Semasa Sekolah Menengah
Mak: Tu nak pergi mana tu?
Kawan: Dia nak pergi dating makcik.
Abang: Mana ada!!
Mak: Ish, baru sekolah menengah dah ada makwe; tunggu masuk Universiti dulu, ramai lagi awek ada.

Semasa Diploma
Mak: nie knpe sengih sorang2 nie?
Adik: Da ada makwe la tu..
Abang: Mana ada..
Mak: Ish, baru Diploma dah ada makwe; tunggu masuk Degree dulu, ramai lagi awek ada.

Semasa Degree
Abang: Mak, Tipah nie cantik tak?
Ayah: Makwe kamu le tu?
Abang: Mana ada..
Mak: Ish, baru Degree dah ada makwe; tunggu kerja dulu, da ade kerete, da ada rumah, da jadi bos, baru pikir nak kahwin.



erkkk... forever alone lah jawabnya.. huhuhu


______________________


Sekadar peringatan dalam gurauan. Ibu hanya mahukan yang terbaik dari anaknya.

Bukan semua perkahwinan di usia muda berakhir dengan kegagalan;
Bukan semua perkahwinan di usia tua berakhir dengan kesempurnaan.

No comments:

Post a Comment